Penciptaan dan Dewa-Dewi Mitos_Cina

Maharaja Jed menyandang tugas mentadbir tiga alam, iaitu syurga, neraka dan alam hidupan. Baginda menghakimi dan melaksanakan ganjaran dan hukuman terhadap tindakan para keramat, orang yang hidup dan yang mati berlandaskan sistem kepujian yang dikenali sebagai Jinlü Yupian (玉律金篇, "Helaian Emas Rukun Jed"). Apabila pengadilan yang diusulkan dibantah oleh keramat yang lain, pentadbiran terpaksa mengambil jalan keluar dengan mendapat nasihat ketua-ketua penasihat.